Resepi Ketam Butter- Seminit Resepi

Ketam Butter



Resepi :  Ketam Butter

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan 

  • 5 ekor ketam
  • 2 tbsp tepung jagung
  • Sedikit garam
  • 4 biji telur masin
  • 1 labu bawang putih
  • 5 tangkai cili padi
  • 1/2 tin susu cair
  • Sedikit air
  • Kiub pati ayam
  • Daun kari
  • Air
  • tepung jagung
  • 2 tbsp butter

Cara-cara

  1. Gaulkan ketam bersama tepung jagung dan garam.

  2. Gorengkkan ketam dengan sedikit minyak sehingga masak. Angkat dan ketepikan

  3. Di dalam kuali lain, tumis kan daun kari bersama bawang dan cili padi yang telah diketuk sehingga naik bau bersama butter dan sedikit minyak

  4. Masukkan pula telur masin yang sudah di rebus, dan juga susu cair.

  5. Masukkan air jika mahu kuah yang banyak.

  6. Perasakan dengan kiub pati ayam.

  7. Tuangkan air tepung jagung untuk memekatkan kuah tadi

  8. Tuang kuah ke atas ketam. Sedia dihidang bersama nasi panas.