Resepi Pad Kra Pow - Seminit Resepi

Pad Kra Pow



Resepi :  Pad Kra Pow

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan 

  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cili padi
  • 2 keping dada ayam
  • 2 tbsp sos tiram
  • 2 tbsp kicap cair
  • 2 tbsp kicap pekat
  • 1 tbsp sos ikan
  • Air secukupnya
  • Sedikit tepung jangung
  • Segenggam thai basil
  • 1/2 biji bawang besar
  • Telur

Cara-cara

  1. Tumbuk halus bawang putih dan juga cili padi dan ketepikan.

  2. Kemudian, cincang dada ayam sehingga kehancuran yang diingini.

  3. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau, lalu masukkan dada ayam cincang tadi.

  4. Setelah ayam masak, masukkan sos tiram, kicap dan juga sos ikan.

  5. Masukkan air dan biarkan sehingga menggelegak lalu masukkan bawang besar.

  6. Masukkan pula air tepung jagung dan kacau hingga pekat.

  7. Padamkan api dan masukkan basil. Kacau sehingga basil layu. Ketepikan

  8. Gorengkan telur dan pad kra pow sedia dihidang bersama nasi panas