Resepi Bubur Lambuk - Seminit Resepi

Bubur Lambuk



Resepi : Bubur Lambuk

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

  • Rempah kasar
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 keping daging hancur
  • 2 biji kentang (potong dadu)
  • 1 batang lobak merah (potog dadu)
  • Kiub ayam
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan beras
  • Air secukupnya
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Lada hitam
  • Lada sulah
  • Minyak bijan

Cara-cara

  1. Tumiskan rempah kasar hingga naik bau. Kemudian masukkan bawang dan halia yg dihiris halus.
    Tumis hingga layu.

  2. Kemudian masukkan pula daging kisar yang telah dibilas. (Supaya hilang hanyir)

  3. Masukkan pula beras dan air. Masak hingga sedikit kering.

  4. Sesudah itu, masukkan pula kentang dan lobak merah. Masukkan sekali kiub ayam dan santan.

  5. Rebus lagi hingga empuk. Apabila bubur sudah empuk, hiaskan dengan daun sup, lada hitam, lada sulah dan sedikit minyak bijan jika suka.

  6. Proses memasak bubur lambuk lagi mudah dengan philips all in one presure cooker. Selamat mencuba.