SeminitResepi

Chicken Buttermilk



Bahan-bahan

Bahan ayam

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung serbaguna

Bahan buttermilk

  • 50 gram buttercup
  • 3/4 tin susu cair
  • 1 tbsp susu pekat
  • 4 biji bawang putih
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 biji cili padi
  • 1 kiub pati ayam

Cara penyediaan

  •  Langkah 1

    Gaul kan ayam yang sudah dipotong kecil dengan telur. Dan taburkan tepung goreng serbaguna

  •  Langkah 2

    Goreng ayam sehingga masak

  •  Langkah 3

    Dalam pan yang bersih, masukkan butter dan tunggu hingga cair. Api jangan terlalu besar.

  •  Langkah 4

    Masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari dan tumis hingga terbit bau

  •  Langkah 5

    Masukkan susu cair dan susu pekat. Masukkan juga kiub ayam.

  •  Langkah 6

    Tunggu hingga sedikit pekat. Sedia dihidang.

  •  Langkah 7

    Kuah akan sedikit cair apabila masih panas, tapi bila sejuk, kuah akan pekat. Selamat mencuba