SeminitResepi

Fettucini Carbonara Cheese



Bahan-bahan

  • 1/4 bawang besar
  • 2 biji cendawan butang
  • 1 biji cili
  • 3 beef strip
  • 1/4 tin carbonara soup
  • 40 ml susu segar
  • 1 keping cheesedale
  • Sedikit perasa
  • Fettucini

 Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Rebus fettucini hingga 3/4 masak. Tos dan sejukkan. Bilas supaya fettucini tidak melekat.

  •  Langkah 2

    Tumis beef strip yang telah dipotong. Tumis juga bawang dan cendawan butang.

  •  Langkah 3

    Kemudian masukkan cili padi.

  •  Langkah 4

    Masukkan carbonara soup dan juga susu segar. Biarkan hingga mendidih.

  •  Langkah 5

    Masukkan cheese dan kacau rata. Perasakan dengan garam.

  •  Langkah 6

    Masukkan fettucini. Kacau rata hingga masak. Sedia dihidang.