SeminitResepi

Nasi Ayam



Bahan-bahan

Bahan nasi

  • 5 cawan beras
  • 2 sudu planta
  • 1 inci halia
  • Serbuk kunyit
  • 3 ulas bawang putih
  • Air stok ayam secukupnya

Bahan stok ayam

  • 6 keping ayam bahagian tight
  • 2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • Air secukupnya
  • Kiub pati ayam

Bahan sup ayam

  • Rempah kasar
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • Air stok ayam
  • Daun sup
  • Daun bawang

Bahan perapan ayam

  • 1 sudu sos tiram
  • 5 sudu kicap
  • Garam
  • Gula
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia

Bahan kicap

  • Air lebihan perapan ayam
  • 1/4 cawan stok ayam
  • 1 sudu tepung jagung
  • Gula

Bahan sambal

  • 3 cili hidup
  • 10 cili padi
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 tangkai akar ketumbar
  • 2 biji air limau nipis
  • 1/2 biji kulit limau
  • Garam
  • Gula

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Masukkan kesemua bahan stok ayam, dan rebus hingga ayam empuk.

  •  Langkah 2

    Rendam beras basmathi sekurang-kurangnya 20 minit. Tumis bahan untuk nasi ayam. Apabila sudah naik bau, masukkan beras dan stok ayam. Perasakan. Masak nasi seperti biasa.

  •  Langkah 3

    Perap ayam dengan semua bahan perapan ayam. Kemudian goreng menggunakan minyak yang panas. Pastikan tidak menggoreng terlalu lama.

  •  Langkah 4

    Untuk membuat sup ayam, tumis rempah kasar, bawang dan halia hingga naik bau. Kemudian masukkan stok ayam. Perasakan dengan kium pati ayam atau garam.

  •  Langkah 5

    Gunakan air lebihan perapan ayam untuk membuat kuah kicap. Tambah sedikit air stok ayam dan campurkan dengan tepung jagung. Perasakan.

  •  Langkah 6

    Kisar kesemua bahan untuk sambal. Perasakan dengan garam dah gula.

  •  Langkah 7

    Nasi ayam sedia dihidang bersama salad, timun dan tomato.