SeminitResepi

Ayam Lemak Cili Padi



Bahan-bahan

  • 1 inci kunyit hidup
  • 10 biji cili padi
  • 5 ketul ayam
  • 2 biji kentang
  • 1 cawan santan pekat
  • 5 biji air limau kasturi
  • Daun kunyit
  • Garam dan gula
  • Air secukupnya
  • 2 batang serai
  • Kiub pati ayam
  • Cili hidup

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Kisar kunyit hidup dan cili padi bersama sedikit air. Masukkan kedalam periuk.

  •  Langkah 2

    Masukkan ayam dan biarkan mendidih seketika. Masukkan kentang.

  •  Langkah 3

    Apabila ayam sudah masak, masukkan pula santan. Biarkan mereneh, pastikan selalu kacau supaya santan tidak pecah minyak.

  •  Langkah 4

    Masukkan air limau kasturi, serai dan daun kunyit. Perasakan dengan garam dan gula. Sedia dihidang.