SeminitResepi

Laksa



Bahan-bahan

Bahan Rebus

  • Ikan kembung 1/2 kg
  • 3 asam keping

Bahan Kering

  • 20 tangkai cili kering
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan

Bahan Basah

  • 2 kuntum bunga kantan
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 inci lengkuas dihiris
  • 4 asam keping
  • Kiub pati ayam
  • Laksa beras

Bahan Hiasan

  • Daun salad
  • Timun
  • Cili hidup
  • Limau kasturi
  • Telur rebus

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Rebus ikan dan masukkan asam keping sehingga empuk.

  •  Langkah 2

    Apabila sejuk, asingkan ikan dan tulang. Isi ikan dibahagikan kepada dua. Satu bahagian hendaklah dilenyek kasar, dan satu bahagian lagi hendaklah dikisar halus. Tulang ikan pula dikisar dan ditapis untuk mengambil airnya sahaja.

  •  Langkah 3

    Kisar halus semua bahan kering dan satukan ke dalam periuk yg berisi air rebusan ikan tadi.

  •  Langkah 4

    Masukkan semua bahan basah dan perasakan dengan garam, gula & kiub ayam. Sedia dihidang.