Resepi Nasi Arab Mandy Telur Saffron ala Restoran Arab - Seminit Resepi

Nasi Arab Mandy Telur Saffron ala Restoran Arab



Dapatkan Saffron Premium dari MatanMart di http://www.matanmart.com/ Corvan ada buat Pelancaran Produk baru di Shopee, banyak diskaun di tawarkan.. Boleh ke https://shopee.com.my/corvan.os untuk membeli ! Multi Cooker C20 : https://t.productlink.io/a053aes

Bahan perapan telur

  • 2 cubit saffron
  • 1 tbsp cuka
  • 1 cawan air panas
  • Telur 2 biji telur rebus

Bahan Ayam Mandy dan Nasi

  • 1 tbsp minyak sapi
  • 1/2 biji holland dipotong dadu
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 helai bay leaf
  • 2 ketul ayam
  • 2 tbsp serbuk mandy
  • 1 tbsp smoke flavor
  • Air secukupnya
  • Garam
  • Beras 1 cawan

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan perapan telur. Lalu diperapkan 1 jam.
  2. Tumiskan holland, bay leaf dan bawang putih dengan minyak sapi sehingga keperangan.

  3. Setelah itu, masukkan rempah mandy dan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan pula smoke flavor. Kacau rata

  4. Masukkan ayam dan masak seketika. Kemudian masukkan air. Rebus sehingga ayam hampir masak. Jangan lupa perasakan dengan garam

  5. Bakar ayam suhu 180c selama 25 minit atau sehingga ayam masak.

  6. Masak nasi bersama air rebusan ayam tadi. Apabila nasi hampir masak, tuangkan air saffron.

  7. Apabila semua masak, sedia dihidang