Resepi Nasi Arab Ayam kamheong - Seminit Resepi

Nasi Arab Ayam Kamheong



Bahan Ayam Kamheong

  • Ayam
  • Kunyit
  • Garam
  • 2 tbsp tepung jagung
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 tbsp udang kering
  • 2 tbsp cili giling
  • 2 tbsp serbuk kari
  • 1 tbsp sos tiram
  • 3 tbsp kicap manis
  • 1 biji bawang holland
  • Gula
  • Garam

Cara-cara

  1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit, garam dan tepung jagung. Kemudian goreng hingga masak.
  2. Untuk buat kuah, masukkan daun kari dan juga udang kering yang sudah ditumbuk halus. Tumis hingga garing.

  3. Setelah itu, masukkan pula cili giling, tumis hingga pecah minyak. Masukkan pula serbuk kari dan sedikit air. Tumis lagi hingga pecah minyak.

  4. Masukkan pula sos tiram dan kicap manis. Tambah kan sedikit air lagi.

  5. Kacau rata dan masukkan bawang yang dipotong bulat.

  6. Masukkan ayam tadi dan perasakan dengan garam dan gula

  7. Ayam kamheong sedia dimakan bersama nasi arab. Selamat mencuba