Resepi Daging Salai Masak Lemak Rebung Cili Padi - Seminit Resepi

Daging Salai Masak Lemak Rebung Cili Padi



Bahan-Bahan

  • 1 inci kunyit hidup*
  • 15 biji cili padi*
  • 1 biji santan
  • 250 gram daging salai
  • 2 batang rebung
  • 2 batang serai
  • Daun kunyit
  • Gula
  • Garam

Cara-cara

  1. Kisar bahan * bersama sedikit minyak. Tumis kan sehingga naik minyak.
  2. Kemudian masukkan serai dan rebung. Tambah kan sedikit air

  3. Apabila rebung sudah masak, masukkan daging salai dan santan. Jangan lupa masukkan jugak daun kunyit

  4. Perasakan dengan garam dan gula.

  5. Sedia dihidang bersama nasi panas