Resepi Shellout mudah - Seminit Resepi

Shellout mudah



Bahan-Bahan

  • 1 biji bawang holland*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 batang serai'
  • 1 inci halia*
  • Segenggam cili kering'
  • 5 batang cili padi*
  • 1 tbsp udang kering*
  • 1 tbsp kari ikan
  • 1 tbsp sos tiram
  • 1 tbsp kicap pekat
  • Daun kari
  • Air secukupnya
  • Perasa/gula/garam
  • 1 pack seafood Fresh Frozen 2 u
  • Sayuran

Cara-cara

  1. Celur sahaja kesemua bahan mentah ff2u dan sayuran.

  2. Kisar semua bahan bertanda * dengan minyak supaya cepat masak.

  3. Tumis daun kari sehingga naik bau, kemudian masukkan bahan bertanda * dan tumis hingga pecah minyak.

  4. Masukkan serbuk kari dan tumis lagi. Masukkan pula sos tiram, kicap pekat dan perasa. Tambah air jika perlu.

  5. Masukkan ikan terlebih dahulu. Apabila sudah separuh masak, masukkan bahan mentah lain.

  6. Biar seketika hingga semua bahan masak sekata. Sedia dihidang