Resepi Ketam Telur Masin - Seminit Resepi

Ketam Telur Masin



Resepi :Ketam Telur Masin 

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan 

  • 2 ekor ketam besar
  • Lada sulah
  • Lada hitam
  • 2 tbsp tepung jagung
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cili padi
  • 3 tangkai daun kari
  • 4 biji telur masin kuning
  • 1 cawan susu segar
  • Sedikit air tepung jagung

Cara-cara

  1. Gaulkan ketam bersama tepung jagung, lada sulah dan lada hitam. Goreng hingga masak.

  2. Tumis daun kari bersama butter, lalu masukkan bawang putih dan cili padi.

  3. Apabila sudah keperangan, masukkan telur masin kuning yang sudah direbus dan sedikit putih nya jika perlu Masukkan susu dan biar menggelegak.

  4. Masukkan sedikit air tepung jagung

  5. Akhir sekali, masukkan ketam. Gaul rata dan selamat dimakan