Resepi Ayam Morocco - Seminit Resepi

Ayam Morocco



Resepi : Ayam Morocco

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Perapan Ayam

  • 1kg Kepak ayam
  • 2 tsp serbuk kayu manis
  • 2 tsp serbuk halia
  • 4 tbsp madu
  • Garam

Bahan Lain

  • 1 1/2 biji bawang besar
  • 2 biji tomato
  • 1 ikat daun ketumbar
  • 3 tbsp minyak masak
  • 3 batang cili padi

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan perapan ayam dan perap sekurang-kurangnya 15 minit.

  2. Masukkan minyak ke dalam periuk sehingga panas dan masukkan ayam.

  3. Balik-balikkan ayam dan pastikan ayam tidak hangus.

  4. Masukkan bawang besar dan tomato yang dipotong dadu lalu kacau rata dan biarkan selama 5 minit.

  5. Masukkan hirisan daun ketumbar dan cili padi.

  6. Kacau rata sehingga masak. Sedia dihidang.