Resepi Lasagna Rendang - Seminit Resepi

Lasagna Rendang



Resepi : Lasagna Rendang

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Rendang

  • 1 kg daging
  • 1 biji bawang besar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 1/2 inci lengkuas*
  • 1 1/2 inci kunyit hidup*
  • 5 batang serai*
  • Segenggam cili kering*
  • 2 biji buah keras*
  • 3 tbsp kerisik
  • 1 kotak kecil santan pekat
  • 2 helai daun kunyit
  • 5 helai daun limau purut
  • Gula
  • Garam

Bahan Sos Putih

  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 tbsp unsalted butter
  • 2 tbsp gandum
  • 1 1/2 cawan susu
  • Cheddar cheese
  • Kiub ayam
  • Italian herbs

Bahan Lain

  • Mozzarella
  • Cheddar
  • Lasagna keping

Cara-cara

  1. Kisarkan bahan bertanda * sehingga halus. Kemudian masukkan ke dalam kuali besar.

  2. Masukkan daging dan tambahkan sedikit minyak. Masak sehingga daging lembut.

  3. Masukkan santan dan kerisik.

  4. Hiris halus daun kunyit dan daun limau purut. Perasakan dan ketepikan

  5. Untuk buat sos putih, tumis bawang bersama butter sehingga layu

  6. Kemudian masukkan tepung gandum dan susu. Masak sehingga pekat.

  7. Setelah itu, masukkan cheese dan perasa kan.

  8. Rebus lasagna keping dan rujuk video cara melapis.

  9. Bakar suhu 200c selama 20 minit. Sedia dihidang