Resepi Sotong Sumbat Telur Masin- Seminit Resepi

Sotong Sumbat Telur Masin



Resepi :  Sotong Sumbat Telur Masin

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan 

  • 3 ekor sotong
  • 3 biji telur masin
  • Daun sup
  • 1/2 biji bawang besar
  • Tepung goreng serba guna

Cara-cara

  1. Rebus telur masin terlebih dahulu, kemudian sejukkan.

  2. Potong dadu bawang besar dan hiris halus daun sup.

  3. Di dalam mangkuk bersih, satukan bawang, daun sup dan juga telur masin yang sudah dikupas Lenyekkan dan gaul sebati

  4. Sumbatkan bahan tadi kedalam perut sotong dan kuncikan dengan lidi.

  5. Ambil sedikit tepung goreng dan gaulkan dengan air. (Rujuk video)

  6. Di dalam pinggan lain, tuangkan tepung goreng dan ketepikan

  7. Celupkan sotong dengan adunan tepung goreng, kemudian golekkan ke dalam tepung goreng kering.

  8. Gorengkan dan angkat apabila sudah keperangan Potong dan sedia dihidang