Resepi Siakap Kukus Ala Thai - Seminit Resepi

Siakap Kukus Ala Thai



Resepi :  Siakap Kukus Ala Thai

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan 

  • Siakap 1 ekor (belah 2)
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit garam
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji limau nipis
  • 1 batang serai
  • 3 akar daun ketumbar
  • 2 tbps sos ikan
  • Kiub pati ayam
  • 2 cawan air
  • 5 batang cili padi

Cara-cara

  1. Tumbuk bawang putih bersama sedikit garam. Kemudian lumurkan pada ikan.

  2. Balutkan dengan aliminium foil dan cucukkan sedikit menggunakan lidi. Kukus ikan selama 20-25 minit atau sehingga masak.

  3. Setelah itu, masukkan air, bawang besar, air limau nipis, akar daun ketumbar, sos ikan, halia dan hirisan serai.

  4. Apabila menggelegak, masukkan kiub pati ayam dan cili padi. Taburkan juga daun ketumbar.

  5. Apabila ikan sudah masak, tuangkan kuah dan taburkan daun ketumbar bersama cili padi. Sedia dihidang