Resepi Daging Masak Merah - Seminit Resepi

Daging Masak Merah



Resepi : Daging Masak Merah

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

  • 1kg daging
  • Pewarna merah
  • 3 tbsp cili giling
  • 3 tbsp sos cili
  • 2 tbsp sos tiram
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili padi
  • 1 tangkai cili hidup
  • Perasa
  • Lobak merah

Cara-cara

  1. Rebuskan daging bersama sedikit pewarna merah.

  2. Setelah empuk, potong kecil.

  3. Goreng daging yang sudah dipotong sekejap.

  4. Kemudian, tumis cili kering bersama bawang.

  5. Apabila sudah pecah minyak, masukkan sos cili dan sos tiram

  6. Kemudian, masukkan pula lobak dan cili yang sudah dihiris.

  7. Setelah masak, masukkan daging dan sedikit air rebusan daging tadi. Perasakan. Sedia dihidang.