SeminitResepi

Sambal Tahun



Bahan-bahan

Bahan-bahan

  • 3 biji Bawang merah
  • 5 biji Bawang putih
  • 1 inci Belacan
  • 1 mangkuk cili padi
  • 5 inci lengkuas
  • 600 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • Sotong
  • Udang
  • Garam
  • Gula
  • Asam Keping

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Tumbuk halus bawang merah, bawang putih, belacan dan beberapa cili padi mengikut kepedasan.

  •  Langkah 2

    Tumis kesemua bahan tumbuk sehingga garing.

  •  Langkah 3

    Masukkan lengkuas yang dihiris nipis hingga naik bau.

  •  Langkah 4

    Kemudian masukkan sotong dan udang. Masukkan santan, cili padi dan asam keping.

  •  Langkah 5

    Perasakan dengan garam dan gula. Sedia dihidang.