SeminitResepi

Tomyam Poktek



Bahan-bahan

  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • 4 sudu pes tomyam
  • 2 kiub tomyam
  • 3 sudu sos ikan
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 batang lobak
  • 1 genggam cendawan tiram
  • 10 ekor udang
  • 5 ekor sotong
  • 1 ekor siakap
  • Ketumbar
  • Sedikit gula
  • Tomato
  • Bawang besar

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Didihkan air, kemudian masukkan lengkuas, serai yang dititik, limau purut dan oes tomyam.

  •  Langkah 2

    Apabila menggelegak, masukkan lobak merah dan tomato. Kemudian masukkan kiub tomyam dan sos ikan.

  •  Langkah 3

    Masukkan ikan, udang dan sotong yang telah dipotong.

  •  Langkah 4

    Masukkan bawang besar yang dibelah 4 dan perasakan dengan gula.

  •  Langkah 5

    Akhir sekali, masukkan ketumbar. Sedia dihidang.