SeminitResepi

Butter Prawn



Bahan-bahan

Udang

  • 4 ekor udang sederhana besar
  • 2 tbsp tepung jagung
  • 1/2 tbsp pati ayam

Floss

  • 4 biji kuning telur
  • 1/2 tbsp butter
  • Daun kari

Tumis

  • 2-3 ulas bawang putih
  • Daun kari
  • 2 biji cili padi
  • 100 ml susu cair
  • 1/3 tbsp pati ayam
  • Gula

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Bersihkan udang, lumur dengan garam, gula, tepung jagung dan pati ayam. Goreng dan ketepikan.

  •  Langkah 2

    Untuk floss, pukul telur kuning bersama butter, daun kari dan gula secukupnya. Goreng telur dengan minyak yang panas dan curahkan tinggi. Sentiasa kacau senduk secara membulat laju. Apabila floss sudah garing dan kuning keemasan, angkat dan toskan floss dan biar kering.

  •  Langkah 3

    Panaskan sedikit butter dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari. Masukkan susu cair, gula dan pati ayam. Apabila sudah pekat, masukkan udang, gaul dan tutup api.

  •  Langkah 4

    Letak udang dan floss bersarang dipinggan dan sedia dihidang dengan hiasan daun parsley.