Resepi Roti Cheese Butter - Seminit Resepi

Roti Cheese Butter



Resepi :  Roti Cheese Butter

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Roti

  • 290 g tepung roti
  • 165 ml air suam
  • 2 tbsp susu pekat
  • 35g butter
  • 1/2 tbsp bread improver
  • 45g gula kastor
  • 11g yis
  • Secubit garam
  • 1 biji telur

Bahan Sapuan

  • 3 tbsp butter
  • 2 tbsp gula kastor
  • Keju mozarella

Cara-cara

  1. Campurkan susu, gula dan yis ke dalam bekas. Kacau seketika dan biarkan selama 10-15 minit.

  2. Masukkan tepung, butter, bread improver dan garam ke dalam bekas lalu kacau rata.

  3. Masukkan campuran yis yang telah kembang ke dalam bekas tepung dan kacau seketika.

  4. Masukkan telur dan uli adunan sehingga kental. Tutup adunan roti dan biarkan selama 30 minit di tempat yg suam.

  5. Apabila adunan telah naik 2 kali ganda, tumbukkan sedikit adunan dan uli selama 10 min. Tutup adunan dan simpan di tempat suam selama 30 min.

  6. Potong doh kepada 8 bahagian, dan leperkan 1 per 1.

  7. Sapukan campuran butter dan gula diatas adunan yg sudah dileperkan td kemudian gulung adunan dan masukkan ke dalam bekas yg sudah di sapukan butter.

  8. Apabila bekas sudah penuh, simpan adunan di tempat suam selama 1 jam.

  9. Sapukan atas adunan roti menggunakan kaedah ‘egg wash’ dan taburkan keju.

  10. Bakar pada suhu 150°C selama 20-25 minit mengikut oven.

  11. Selepas roti siap dibakar, roti hendak lah terus dikeluarkan dari bekas untuk elak roti berpeluh. Sedia dihidang