Resepi Talam Tepung - Seminit Resepi

Talam Tepung



Resepi :  Talam Tepung

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Bawah

  • 2 keping gula melaka (tambah gula pasir jika mahu)
  • 1 cawan gandum
  • 2 cawan air

Bahan Atas

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan air
  • Sedikit garam

Cara-cara

  1. Masak gula melaka dan air sehingga gula cair. Kemudian sejukkan

  2. Apabila sejuk, satukan dengan gandum. Kacau rata

  3. Masak sekejap adunan sehingga suam. Tapis dan masukkan ke dalam loyang yang diingini.

  4. Kukus selama 15 minit Untuk lapisan atas, satukan kesemua bahan dan masak sehingga suam atau berwap sahaja.

  5. Tapis dan tuangkan ke dalam adunan lapisan bawah tadi. Kukus lagi 15 minit. Sejukkan dan sedia dihidang