Resepi Scone - Seminit Resepi

Scone



Resepi : Scone

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Scone

  • 3 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 125 gram salted butter
  • 1 biji telur
  • 265 ml susu segar
  • 1/4 cawan gula kastor
  • Kuning telur

Bahan Jem Strawberry

  • 250 gram strawberry
  • 1/2 cawan gula
  • 1/4 cawan air

Bahan Krim

  • 1 cawan whipping cream
  • 50 gram cream cheese

Cara-cara

  1. Satukan tepung naik sendiri dan juga butter, ramas-ramaskan sehingga sekata.

  2. Kemudian masukkan susu dan juga telur. Kacau rata sahaja.

  3. Tuangkan adunan ke atas mat dan uli sebentar. Leperkan doh kepada 2cm tinggi dan terap gunakan acuan bulat. Ulang sehingga selesai.

  4. Sapukan atas doh dengan kuning telur. Bakar suhu 180 selama 20-25 minit.

  5. Untuk membuat strawberry jem, satukan kesemua adunan dan masak sehingga pekat. Sejukkan

  6. Satukan kesemua bahan buat krim, pukul sehingga kembang. Sejukkan.

  7. Apabila scone sudah masak, hidang kan bersama jem dan krim. Selamat mencuba