Resepi Puteri Ayu - Seminit Resepi

Puteri Ayu



Resepi :  Puteri Ayu

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Bawah

  • 1 cawan kelapa parut
  • 2 tbsp tepung kek
  • Sedikit garam

Bahan Atas

  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula kastor (tambah 3 tbsp utk manis sikit)
  • 1 tspn ovelet
  • 2 cawan tepung kek
  • 1 tspn baking powder
  • 200 ml santan kotak
  • 1 tbsp pandan paste
  • Pewarna jika perlu

Cara-cara

  1. Pukul telur, gula dan ovelet sehingga gebu menggunakan kelajuan laju.

  2. Kemudian masukkan pandan paste dan baking powder.

  3. Selang-selikan tepung dan santan dan pukul menggunakan kelajuan perlahan. Ulang sehingga selesai. Warnakan jika perlu.

  4. Masukkan adunan ke dalam piping bag untuk memudahkan proses.

  5. Untuk lapisan bawah, gaulkan kesemua bahan dan microwave selama 30 saat.

  6. Semburkan acuan puteri ayu dengan cooking spray.

  7. Letakkan sedikit kelapa dan tekan menggunakan acuan yg lain. Padat2 kan.

  8. Paip kan pula adunan untuk bahagian atas pula.

  9. Kukus selama 10 minit. Kuih puteri ayu sedia dihidang