SeminitResepi

Mini Burger

Written on 11/24/2017
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

Bahan daging burger

  • 500 gram daging cincang
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk bawang putih

Bahan lain

  • Adunan roti
  • Salad
  • Timun
  • Sos cili
  • Mustard
  • Mayonis

Cara penyediaan

  •  Langkah 1

    Ambil adunan roti, terap menggunakan bentuk bulat yang kecil. Sapukan kuning telur dan taburkan bijan jika suka. Bakar suhu 145 selama 10-15 minit.

  •  Langkah 2

    Untuk membuat daging burger, campurkan kesemua bahan dan uli hingga mendapat ketebalan yang diingini.

  •  Langkah 3

    Terapkan daging menggunakan acuan bulat. Masak daging dan letakkan cheese jika suka.

  •  Langkah 4

    Ambil roti yang telah kita bakar tadi, bahagikan kepada 2.

  •  Langkah 5

    Sapukan sos, dan lapiskan dengan sayuran dan daging. Sedia dihidang.