SeminitResepi

Roti Jala



Bahan-bahan

Roti jala

  • 150 gram tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 180 gram santan
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Minyak jagung
  • Air (jika perlu)

Kari ayam

  • Ayam
  • 3 biji kentang
  • 1 paket kecil serbuk kari
  • 200 gram santan
  • 2 sudu cili kisar
  • Rempah kasar
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • Garam
  • Gula
  • Air
  • Asam keping

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Satukan kesemua bahan untuk membuat roti jala, dan kacau sehingga tiada ketulan.

  •  Langkah 2

    Masukkan adunan roti jala ke dalam bekas dan jalakan atas ‘non-stick pan’.

  •  Langkah 3

    Ulang sehingga adunan habis.

  •  Langkah 4

    Dalam periuk yang lain, tumiskan rempah kasar, bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dihiris nipis sehingga layu.

  •  Langkah 5

    Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.

  •  Langkah 6

    Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak.

  •  Langkah 7

    Masukkan ayam dan air. Tunggu hingga mendidih masukkan kentang yang dipotong dadu dan santan.
    Perasakan dengan garan dan gula.

  •  Langkah 8

    Masukkan asam keping dan tunggu hingga kentang empuk.

  •  Langkah 9

    Roti jala sedia dihidang bersama kari ayam.