SeminitResepi

Nasi Lemak Sambal Sotong

Written on 01/12/2018
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

Nasi Lemak

  • 4 pot beras
  • 1 inci halia
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • Air secukupnya
  • 1 tspn garam
  • Pandan 2 helai

Sambal Sotong

  • 1 biji bawang besar*
  • Segenggam cili kering*
  • 1/2 kg sotong
  • 1 biji bawang besar di mayang
  • Gula garam
  • 2 tbsp sos cili
  • Pandan 2 helai

Bahan Hidangan

  • Telur rebus
  • Ikan bilis goreng
  • Timun
  • Kacang

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Beras di cuci bersih dan masukkan kedalam periuk.

  •  Langkah 2

    Masukkan hirisan halia, garam, santan dan air secukupnya. Kacau rata dan masukkan pandan.

  •  Langkah 3

    Masak nasi selama 10 minit lalu kacau. Kemudian biarkan nasi sehingga masak.

  •  Langkah 4

    Kisar halus bahan bertanda ‘*’. Untuk sambal cepat masak, kisar bersama minyak dan sedikit air.

  •  Langkah 5

    Tumis bahan kisar hingga pecah minyak, masukkan sos cili, gula dan garam. Kacau rata

  •  Langkah 6

    Masukkan bawang yg dimayang, sotong dan daun pandan. Sedia dihidang bersama bahan hidangan.