SeminitResepi

Lontong

Written on 10/29/2017
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

Bahan Kasar

  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji cili padi
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sudu udang kering
  • 1 sudu ikan bilis
  • sedikit air
  • 3 batang serai dititik

Bahan Basah

  • 1 batang lobak merah dipotong mancis
  • 1 biji kentang dipotong mancis
  • 15 batang kacang buncis
  • Segenggam udang
  • Soon dan fucuk tahu
  • 1 keping tempe dipotong dadu
  • Santan pekat 2 cawan

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Kisar semua bahan kasar kecuali serai dan tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan serai yang telah dititik.

  •  Langkah 2

    Masukkan sedikit air dan masukkan semua semua bahan basah kecuali udang, soon dan fucuk tahu.

  •  Langkah 3

    Masukkan santan pekat dan lebihan bahan basah tadi. Perasakan dengan gula dan garam. Sedia dihidang bersama nasi impit.