Resepi Sarang Semut - Seminit Resepi

Sarang Semut



Bahan A

  • 2 biji telur size B
  • 1/2 cawan susu cair
  • Esen vanila
  • 1/2 cawan gandum
  • 1 tsp soda bikarbonat

Bahan B

  • 3/4 cawan gula
  • 1/2 cawan air panas
  • 75 gram salted butter

Cara-cara

  1. Kacau telur dan susu cair hingga sebati, kemudian tambahkan esen vanila.
  2. Tambahkan pula bahan selebihnya dan kacau rata.

  3. Untuk air gula hangus, masak gula telebih dahulu hingga hangus. Jangan terlebih hangus untuk mengelakkan kek anda menjadi pahit.

  4. Setelah itu, tambahkan air panas dan butter.

  5. Tuangkan adunan gula hangus tadi panas2 ke dalam adunan A. Kacau rata.

  6. Kukus selama 45-1 jam atau sehingga masak. Selamat mencuba