Resepi Chicken Pot Pie - Seminit Resepi

Chicken Pot Pie



Bahan rebus ayam

  • 1 tbsp cook & bake
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 keping dada ayam
  • Air secukupnya

Bahan inti 

  • 1 tbsp cook & bake
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 batang lobak merah
  • Saleri
  • 2 tbsp gandum
  • 2 tbsp susu segar
  • Serbuk perasa
  • 1 tsp mixed herbs
  • Cheddar cheese

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang putih bersama cook & bake hingga naik bau, setelah itu masukkan dada ayam.
  2. Masak seketika, kemudian masukkan air. Rebus hingga ayam empuk. Setelah itu, carik-carikkan.

  3. Untuk inti pula, tumis bawang putih bersama cook & bake hingga sedikit garing. Setelah itu, masukkan lobak dan saleri.

  4. Masak hingga layu. Kemudian masukkan tepung gandum dan susu segar.

  5. Setelah itu, masukkan air rebusan ayam tadi. Masak seketika.

  6. Apabila sudah mereneh,, masukkan pula ayam yg dicarikkan tadi.

  7. Tambahkan serbuk perasa dan cheese jika mahu.

  8. Sila rujuk video cara mempek kan chicken pot.

  9. Bakar suhu 200c selama 15-20 minit. Selamat mencuba