Resepi Bandung Laici Kek - Seminit Resepi

Bandung Laici Kek



 

Bahan Kek

  • 2 biji telur
  • 65 gram tepung kek
  • 50 gram gula kastor
  • 1/2 tbsp ovelet
  • 1 tsp baking powder
  • Esen vanila
  • Sikit garam
  • Sirap
  • 2 tbsp air laici
  • 2 tbsp minyak jagung

Bahan Krim

  • 1 cawan non dairy whipped cream
  • 3 tbsp air laici
  • Sirap

Cara-cara

  1. Letakkan semua bahan kek kecuali minyak jagung ke dalam bowl. Kemudian whisk sehingga gebu. Setelah itu, masukkan minyak jagung. Kaup balik supaya rata sahaja.

  2. Tuangkan ke dalam loyang 8 inci ( buat 2 kali) nipis sahaja. Bakar suhu 150c selama 15-20 minit. Sejukkan

  3. Untuk krim, whiskan ke semua bahan sehingga gebu.

  4. Warnakan.

  5. Rujuk video cara mendeko kek.

  6. Sejukkan dan sedia untuk dihidang