Resepi Japanese Sponge Cake - Seminit Resepi

Japanese Sponge Cake



Resepi : Japanese Sponge Cake

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan A

  • 40 gram unsalted butter
  • 50 gram susu segar
  • 2 biji kuning telur
  • 1 biji telur
  • 40 gram tepung kek
  • Esen vanila

Bahan B

  • 2 biji putih telur
  • 50 gram gula kastor

Cara-cara

  1. Siapkan bahan A terlebih dahulu.

  2. Cairkan butter bersama susu dan sejukkan. Kemudian campurkan dengan tepung dan esen vanila. Kacau rata

  3. Setelah itu, masukkan telur dan kacau rata.

  4. Buat pula bahan B. Pukul putih telur dan gula sehingga kembang Rujuk video cara satukan kedua dua adunan.

  5. Bakar menggunakan kaedah water bath 160c selama 30 minit dan turunkan suhu kepada 145c dan bakar lagi 30 minit. Sedia dihidang.