Resepi Macaron Ondeh-Ondeh - Seminit Resepi

Macaron Ondeh-Ondeh



Resepi : Macaron Ondeh-Ondeh 

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan A

  • 2 biji putih telur
  • 53 gram gula castor

Bahan B

  • 117 gram gula aising
  • 71 gram serbuk badam

Bahan Krim

  • 50 gram unsalted butter
  • 10 gram gula aising

Bahan Sos Gula Merah

  • 1 keping gula melaka
  • 2 tbsp tepung jagung
  • Air
  • sedikit garam

Bahan Lain

  • Hawaii coconut

Cara-cara

  1. Pukul putih telur hingga separuh kembang, kemudian masukkan gula kastor. Pukul hingga bertanduk.

  2. Masukkan serbuk badam dan juga gula aising sedikit demi sedikit. Kacau menggunakan kaedah kaup balik.

  3. Apabila sudah sebati, bahagikan adunan dan warnakan. Kacau adunan hingga mendapat kepekatan yang boleh membentuk reben (rujuk video)

  4. Paipkan adunan ke atas macaron mat. Keringkan 30 minit.

  5. Bakar pada suhu 145 selama 15 minit. Sejukkan.

  6. Untuk buat sos gula melaka, cairkan gula dan air.

  7. Kemudian masukkan air tepung jagung dan sedikit garam. Masak sehingga pekat. Sejukkan

  8. Untuk krim, pukul butter dan gula sehingga kembang. Sejukkan sebelum guna.

  9. Untuk inti, paipkan inti yang anda suka. (Rujuk video)

  10. Macaron sedap dimakan selepas satu hari di buat.