Resepi Kek Layer Pandan Bersalju - Seminit Resepi

Kek Layer Pandan Bersalju



Resepi : Kek Layer Pandan Bersalju

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Kek ( Loyang 6 inci )

  • 2 biji telur B
  • 75 gram tepung kek
  • 60 gram gula kastor
  • 1/2 tbsp ovelet
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp pandan paste
  • 2 tbsp air
  • 2 tbsp minyak jagung
  • 2 tbsp santan
  • secubit garam

Bahan Puding

  • 350 ml air
  • 1/2 tspn serbuk agar-agar
  • 70 gram gula kastor
  • Pandan paste
  • 25 gram butter
  • 150 ml santan
  • 35 gram tepung hun kwee
  • Pewarna hijau dan kuning

Bahan Lain

  • Hawaian coconut

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan buat kek (kecuali minyak jagung dan santan) ke dalam mangkuk adunan. Putar sehingga gebu gebas.

  2. Kemudian masukkan minyak jagung dan juga santan, gaul rata secara kaup balik sahaja.

  3. Setelah itu, masukkan kedalam loyang dan bakar suhu 150c selama 25 minit atau sehingga kek masak. Sejukkan.

  4. Setetelah itu, sediakan puding untuk kek. Satukan gula, air, butter, dan serbuk agar-agar ke dalam periuk. Masak sehingga gula cair, masukkan juga setengah santan dan pandan paste.

  5. Di mangkuk yang lain, kacau tepung hun kwee dengan santan sehingga sebati.

  6. Tapiskan adunan ini dan masukkan ke dalam periuk tadi. Kacau rata laju-laju, Pastikan api tidak terlalu kuat untuk mengelakkan ketulan. Masak sehingga pekat dan berkilat. Ketepikan sebentar

  7. Apabila kek sudah sejuk, bahagikan kepada 3 lapisan. Sila rujuk video cara melapis.

  8. Setelah kek sejuk, taburkan dengan hawaian coconut dan kek sedia dihidang. Selamat mencuba