Resepi Kek Buah Kukus - Seminit Resepi

Kek Buah Kukus



Resepi Kek Buah Kukus

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Gula Hangus

  • 200 gram gula kastor
  • 3 tbsp air

Bahan A

  • 600 gram tepung gandum
  • 4 tsp cream of tartar
  • 2 tsp soda bikarbonat
  • 450 gram buah campur

Bahan B

  • 450 gram buttercup
  • 200 gram gula kastor
  • 5 biji telur gred B
  • Esen vanila

Cara-cara

  1. Pukul buttercup dan gula hingga kembang.

  2. Kemudian masukkan telur satu per satu hingga selesai. Jangan lupa tuangkan esen vanila.

  3. Di dalam mangkuk bersih, gaulkan kesemua bahan A dan satukan dengan adunan buttercup tadi. Ulang sehingga selesai

  4. Masak gula dan sedikit air sehingga hangus, tuangkan ke dalam adunan tadi. Putar sehingga sebati

  5. Dengan menggunakan loyang 10 inci, kukus kek selama 4 jam 30 minit. Sejukkan dan sedia dihidang