Resepi Agar-agar Sumi - Seminit Resepi

Agar-agar Sumi



Resepi : Agar-agar Sumi

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan 

  • 2 paket sumi
  • 10 gram agar-agar tali
  • 1 tin susu cair
  • Gula kastor
  • Air secukupnya
  • Perasa strawberry
  • Perasa lemon

Cara-cara

  1. Kupaskan plastik sumi terlebih dahulu dan ketepikan

  2. Untuk membuat lapisan pertama, rebuskan 2 gram agar2 bersama 100 ml air dan 100 ml susu cair.

  3. Masukkan 3 sudu gula. Biar sehingga agar-agar tali cair.

  4. Kemudian tuangkan ke dalam loyang yang mempunyai sumi

  5. Untuk membuat lapisan ke dua, ulang proses yang sama dan perasakan dengan strawberry.

  6. Letakkan sedikit warna merah.

  7. Apabila lapisan pertama sudah mengeras, lorekkan sedikit dan tuangkan lapisan kedua.

  8. Jangan lupa tambahkan sumi jika mahu. Sejukkan di dalam peti.

  9. Untuk lapisan ke 3, gunakan 3 gram agar-agar dan 200ml air , 100 ml susu cair.

  10. Masukkan 4 sudu gula. Rebus hingga cair.

  11. Perasakan dengan lemon dan warnakan sedikit.

  12. Tuangkkan ke dalam loyang tadi. Sejukkan.

  13. Apabila sejuk, keluarkan agar-agar dan sedia dihidang. Selamat mencuba