Resepi Kuih Bulan Telur Masin - Seminit Resepi

Kuih Bulan Telur Masin



Resepi : Kuih Bulan Telur Masin

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Kulit

  • 100 gram tepung kek
  • 60 gram golden syrap
  • 30 gram minyak jagung
  • 1/2 tsp air abu

Bahan Inti

  • 220 Lotus pandan paste
  • 1/2 cawan biji labu putih
  • Telur Kuning Masin

Bahan Lain

  • Susu Segar

Cara-cara

  1. Campurkan semua adunan kulit kecuali tepung kek ke dalam bekas bersih. Kacau rata

  2. Kemudian masukkan tepung kek. Kacau rata sahaja. Jangan terlebih kacau. Perapkan 2 jam.

  3. Sangai biji labu putih, kemudian satukan dengan lotus pandan paste. Bahagikan kepada 4. (50 gram setiap 1)

  4. Bahagikan kulit doh tadi kepada 4 dan leperkan dan masukkan kuning telur yang telah dikukus. (Rujuk video)

  5. Balutkan lotus pandan paste dengan doh tadi.

  6. Terap menggunakan acuan kuih bulan.

  7. Sembur air untuk mengelakkan retak. Bakar 150 selama 10 minit.

  8. Keluarkan dan sapukan dengan susu segar. Bakar lagi 20 min sehingga perang.

  9. Kuih bulan sedap di makan selepas 2 hari. Selamat mencuba