Resepi Popiah Sambal- Seminit Resepi

Popiah Sambal



Resepi :  Popiah Sambal

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Kulit

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji putih telur
  • 2 tbsp cuka
  • Sedikit garam

Bahan Sambal

  • 1/2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 tsp udang kering
  • 3 tbsp cili giling
  • Gula melaka
  • Garam
  • 1 tbsp kicap manis

Bahan Sayuran

  • Sengkuang
  • Lobak merah
  • Timun
  • Tauhu
  • Kacang hancur
  • Daun sup

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan untuk untuk buat kulit. Uli selama 15 minit atau sehingga elastik.

  2. Kisar halus bawang dan udang kering bersama dengan sedikit minyak masak.

  3. Tumis bahan kisar dan juga cili giling sehingga pecah minyak. Masukkan kicap manis. Perasakan dengan gula melaka dan juga garam. Ketepikan

  4. Hiris halus sayuran (rujuk video)

  5. Sekarang, tiba masa untuk masak kulit popiah. Ambil sedikit adunan, lumurkan atas non stick pan, pastikan api kecil sahaja.

  6. Apbila tepi sudah kering, boleh angkat. Ulang sehingga selesai. Sila rujuk video cara melipat popiah. Sedia dihidang dengan taburan kacang tumbuk dan daun sup