Resepi Kek Pelangi Cheese - Seminit Resepi

Kek Pelangi Cheese



Resepi :  Kek Pelangi Cheese

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Kek

  • 3 biji telur B
  • 115 gram tepung kek
  • 1/2 tbsp baking powder
  • 90 gram gula kastor
  • 1 tbsp ovelet
  • 2 tbsp esen vanila
  • 60 ml air
  • 60 ml minyak jagung
  • Perasa Warna Pisang~Kuning
  • Perasa Warna Lemon~Oren,
  • Perasa Warna Honeydew~Biru
  • Perasa Warna Panda,~ijau,
  • Perasa Warna Red velvet~Merah
  • Perasa Warna Vanilla~Ungu

Bahan Krim

  • 150 gram creamcheese
  • 2 cawan non dairy whipping cream
  • Sos caramel

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan kek kecuali minyak jagung, perasa dan pewarna Pukul sehingga gebu dan warna menjadi pucat.

  2. Bahagikan adunan kepada 6 (70 gram setiap satu) Masukkan 10 ml minyak jagung untuk setiap adunan. Perasa dan warnakan setiap adunan. Kacau rata menggunakan spatula

  3. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar 150c selama 10-12 minit sahaja. Jangan terlalu lama, nanti warna tak cantik

  4. Untuk whipping cream, pukul sehingga kembang.

  5. Lapiskan kek seperti di dalam video. Sejukkan dan sedia dihidang