Resepi Roti Canai - Seminit Resepi

Roti Canai



Resepi :  Roti Canai

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Roti Canai

  • 500 gram tepung gandum
  • 1 biji telur b
  • 250 ml air sejuk
  • Sedikit garam
  • 3 tbsp susu pekat
  • 2 tbsp marjerin

Bahan Kari Sardin

  • 1/2 biji bawang holland
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai daun kari
  • Rempah kasar
  • 1 biji kentang
  • 1 tbsp serbuk cili
  • 2 tbsp serbuk kari daging
  • 1 tin besar sardin
  • Gula
  • Garam

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan buat roti kecuali air dan marjerin. Pukul menggunakan hook attachment sehingga menjadi bread crumb.

  2. Setelah itu, masukkan air sejuk peti secara berperingkat sambil memukul

  3. Akhir sekali, masukkan marjerin dan pukul sehingga adunan licin dan lembut. Perapkan adunan selama 10 minit, dan uli lagi selama 3 minit. Ulang langkah ini sebanyak 3 kali

  4. Kemudian, bulat-bulatkan doh dan sapukan dengan marjerin. Rehatkan doh selama 2 jam.

  5. Sementara itu, kita boleh masak kari sardin. Tumis rempah kasar dan juga daun kari sehingga naik bau lalu masukkan bawang yang telah di cincang.

  6. Tumis lagi sehingga garing. Masukkan serbuk cili dan juga serbuk kari.

  7. Tambah sedikit air dan tumis lagi sehingga pecah minyak.

  8. Masukkan air dan juga kentang. Rebus sehingga empuk.

  9. Akhir sekali, masukkan sardin dan perasakan. Sedia dihidang.

  10. Canaikan roti seperti dalam video, dan masak atas kuali rata dengan sedikit minyak. Roti canai sedia dihidang