Resepi Kek Tiramisu - Seminit Resepi

Kek Tiramisu



Resepi :  Kek Tiramisu

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Kek

  • 2 biji telur
  • 60 gram tepung kek
  • 15 gram serbuk koko
  • 60 gram gula
  • 1/2 tbsp ovelet
  • 1 tbsp esen vanila
  • 1/2 tspn baking powder
  • 35 ml air
  • 35 ml minyak jagung

Bahan Cream Cheese

  • 2 biji kuning telur
  • 40 gram gula kastor
  • 125 gram cream cheese
  • 125 gram whipping cream
  • Esen vanila

Bahan Lain

  • 1 tbsp esspresso
  • Sedikit air panas

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan kek kecuali minyak jagung. Pukul sehingga gebu, kemudian masukkan mingak jagung. Gaul rata sahaja.

  2. Tuangkan ke dalam loyang talam. Bakar suhu 150 selama 15 minit. Sejukkan

  3. Untuk membuat whipping cream, double boil kan kuning telur dan gula. Pukul hingga kembang. Ketepikan

  4. Pukul kembang cream cheese dan juga whipping cream.

  5. Kemudian satukan dengan bahan telur tadi. Kacau rata.

  6. Potong kek mengikut mold yg diingini. Siramkan dengan air esspresso dan lapiskan dengan cream cheese. Ulang sehingga habis.

  7. Tabur kan dengan serbuk koko. Sejukkan dan sedia dihidang