Resepi Milk Tea Boba Cake - Seminit Resepi

Milk Tea Boba Cake



Resepi :  Milk Tea Boba Cake

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

Bahan Chiffon Kek
Bahan Air Teh

  • 40 ml air
  • 1 tbsp susu lazz
  • 1 uncang teh

Bahan A

  • 3 biji kuning telur
  • 20 gram gula kastor
  • 40 ml minyak jagung
  • 40 ml air teh
  • 60 gram tepung kek
  • Esen vanila

Bahan B

  • 3 biji putih telur
  • 40 gram gula kastor

Bahan Topping

  • *Kastard
  • 1/2 cawan air
  • 2 tbsp susu lazz
  • 1 uncang teh
  • 1 tbsp tepung kastad
  • 5 tbsp gula

Bahan Lain

  • Boba pearl
  • Whipping cream

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan air teh dah masak hingga mendidih. Sejukkan.

  2. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang, kemudian masukkan air teh dan minyak jagung. Kacau rata

  3. Masukkan juka esen vanila dan tepung kek. Kacau rata

  4. Dalam bowl bersih, pukul putih telur dan gula hingga bertanduk.

  5. Satukan adunan A dan B secara berperingkat dengan kaedah kaup balik.

  6. Masukkan adunan ke dalam loyang 8 inci dan bakar suhu 160c selama 30-40 minit.

  7. Sementara itu, masak kastad terlebih dahulu. Campurkan kesemua bahan dan masak hingga berkilat. Sejukkan.

  8. Pukul whipping cream bersama kastad yang sudah sejuk separa kembang sahaja.

  9. Balutkan kek yang sudah sejuk dengan 'cheesecake devider' dan tuang kan whipping cream tadi. Tabur kan boba pearl. Sejukkan dan sedia dihidang