Resepi Brownies Kedut - Seminit Resepi

Brownies Kedut



Resepi :  Brownies Kedut

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

Bahan A

  • 2 biji telur b
  • 140 gram gula aising
  • 100 gram tepung kek
  • Sedikit garam
  • Esen vanila

Bahan B

  • 240 gram coklat
  • 80 gram unsalted butter

Cara-cara

  1. Kacau telur bersama gula hingga sebati. Masukkan bahan A yang lain. Kacau rata. Ketepikan

  2. Cair kan coklat dan juga butter. Satukan dengan bahan A.

  3. Pastikan adunan suam untuk mendapatkan kedutan yang cantik seperti dalam video.

  4. Tuangkan batter ke dalam loyang 8 inci.

  5. Bakar suhu 150c selama 35minit.

  6. Sejukkan sebelum keluarkan dari loyang. Hiaskan mengikut kreativiti anda