Resepi Kuih Ketayap - Seminit Resepi

Kuih Ketayap



Resepi :  Kuih Ketayap

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

Bahan Kulit

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan air (tambah jika perlu)
  • Pewarna

Bahan Inti

  • 1 cawan kelapa muda 1
  • keping gula melaka
  • 1 helai pandan 
  • Sedikit garam
  • Air sedikit

Cara-cara

  1. Masakkan inti terlebih dahulu supaya apabila kita hendak menggulung, inti sudah sejuk.

  2. Masakkan gula melaka bersama sedikit air dan daun pandan sehingga gula cair. Kemudian masukkan sedikit garam.

  3. Masukkan juga kelapa parut dan biarkan hingga kering. Ketepikan.

  4. Utk membuat kulit ketayap, satukan kesemua bahan dan kacau rata. Pewarnakan mengikut kreativiti Masakkan kulit ketayap menggunakan nonstick pan. Masak hingga selesai.

  5. Gulung kan ketayap bersama inti kelapa(rujuk video)