Apam Mekar - Seminit Resepi

Apam Mekar



Resepi : Apam Mekar

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

  • 125 gram gula
  • 1 biji telur
  • 1 tsp ovelet
  • 150 gram tepung gandum
  • 100 ml susu segar
  • Esen vanila
  • Pewarna

Cara-cara

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan esen vanila dan ovelet. Pukul lagi hingga kembang

  2. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar sehingga habis. Pukul kembang

  3. Warnakan adunan dengan warna kesukaan. Paipkan ke dalam kertas cup cake.

  4. Kukus selama 15 minit. Sedia dihidang panas. Selamat mencuba