Kek Pandan Gula Melaka - Seminit Resepi

Kek Pandan Gula Melaka



Resepi : Kek Pandan Gula Melaka

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

Bahan Kek

  • 75 gram tepung kek
  • 2 biji telur
  • 60 gram gula
  • 1 tspn ovelet
  • 1/2 tspn baking powder
  • 2 tbsp air
  • 3 tbsp minyak jagung
  • Esen vanila
  • 1 tspn pes pandan

Bahan Sos Gula Melaka

  • 1 1/2 keping gula melaka
  • 1/2 cawan air
  • 1 tbsp tepung jagung
  • Daun pandan

Bahan Swiss Meringue Buttercream

  • 2 biji putih telur
  • 120 gram gula
  • 200 gram unsalted butter

Bahan Lain

  • Hawaian coconut

Cara-cara

  1. Untuk buat kek, satukan kesemua bahan kecuali minyak jagung. Pukul hingga kembang.

  2. Kemudian masukkan minyak jagung, kacau rata.

  3. Bakar menggunakan loyang 6 inci 145 selama 35 minit.

  4. Untuk membuat sos gula melaka, cairkan gula bersama air. Masukkan daun pandan. Kemudian masukkan pula air tepung jagung. Kacau hingga pekat. Sejukkan.

  5. Untuk membuat swiss meringue, satukan gula dan telur dalam bowl. Masak kaedah double boiler hingga gula cair.

  6. Pastikan api tidak terlalu kuat dan air tidak mencecah tapak bowl.

  7. Apabila gula sudah cair, pukul hingga bowl sejuk.

  8. Masukkan unsalted butter sedikit demi sedikit dengan kelajuan low to medium.

  9. Apabila sudah kembang, masukkan esen vanila dan pukul rata.

  10. Akhir sekali, lapiskan kek seperti di dalam video.

  11. Sejukkan dan kek sedia dihidang.