Resepi Pavlova Oreo - Seminit Resepi

Pavlova Oreo



Resepi : Pavlova Oreo

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

Bahan Pavlova

  • 2 biji putih telur gred b
  • 80 gram gula
  • 1/2 tbsp tepung jagung
  • 1 tspn cuka
  • 1 tspn esen vanila
  • Orea crumb

Bahan Krim​

  • 1 cawan whipping cream
  • 2 tbsp gula aising

Hiasan

  • Strawberry
  • Blueberry
  • Pretzel
  • Oreo crumb

Cara-cara

  1. Putar putih telur hingga bubble, kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis.

  2. Apabila sudah separa kembang, masukkan tepung jagung, cuka dan juga esen vanila. Putar hingga bertanduk.

  3. Masukkan sedikit oreo crumb dan gaul sedikit sahaja.

  4. Sudukan adunan meringue ke atas loyang mengikut saiz yang anda suka.

  5. Taburkan sedikit oreo crumb. Bakar suhu 145 untuk 15 minit pertama, dan kecilkan kepada 130 selama 30 minit. Sejukkan

  6. Untuk membuat topping, campurkan kesemua bahan dan putar hingga kembang.

  7. Paipkan cream ke atas pavlova yang sudah sejuk. Hiaskan dengan buah pilihan anda dan juga sedikit oreo crumb. Sejukkan sebelum dihidang. Selamat mencuba