SeminitResepi

Badak Berendam



Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan air
  • Pewarna

Bahan inti

  • 1 cawan kelapa muda
  • 1 cawan gula melaka
  • Pandan
  • 1 tbsp tepung gandum
  • Sedikit air

Bahan kuah

  • 1 1/2 cawan santan
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 tspn gula
  • 1/2 tbsp garam
  • Pandan
  • 2 tbsp tepung jagung

 


Cara Penyediaan

  1. Mulakan dengan buat inti terlebih dahulu, supaya bila nak guna, inti sudah sejuk.
  2. Satukan gula melaka dan sedikit air ke dalam periuk, masak hingga cair.
  3. Masukkan pandan dan kelapa muda. Biar hingga kering. Akhir sekali masukkan tepung gandum. Sejukkan.
  4. Untuk membuat doh, gaulkan tepung pulut dan air hingga doh tidak melekat di tangan. Warnakan dan buat adunan badak berendam (rujuk video)
  5. Rebus badak berendam hingga ia timbul di permukaan air.
  6. Untuk membuat kuah santan, satukan kesemua bahan dan kacau hingga pekat. Kuah sedia dituanv kedalam badan berendam tadi. Sedia dihidang.

Tips dari M&S Santan Kelapa :
• Pilihlah santan yang beraroma harum dan segar
• Dengan kepekatan sederhana, janganlah likat seperti susu pekat
• Ia seharusnya berwarna putih krim