SeminitResepi

Tart Ondeh-Ondeh



Bahan-bahan

Bahan A

  • 300gram tepung gandum
  • 40 gram tepung jagung
  • 40 gram gula aising
  • 1 tspn baking powder

Bahan B

  • 2 biji kuning telur
  • 200 gram butter
  • 1 tspn pandan emulco
  • Sesikit garam
  • Esen vanila
  • Pewarna hijau

Bahan C

  • 1 cawan gula melaka
  • 2 tbsp minyak kelapa dara
  • 2 tbsp air
  • 1 tbsp butter
  • 1 tbsp tepung jagung
  • Garam

Cara Penyediaan

  1. Satukan kesemua bahan A dan ketepikan.
  2. Dalam bowl, satukan butter dan kuning telur. Kacau hingga sedikit kembang.
  3. Masukkan pandan emulco dan esen vanila. Masukkan juga pewarna jika perlu. Kacau rata
  4. Satukan bahan A ke dalam bahan B. Uli hingga doh tidak melekat.
  5. Doh sedia digunakan. Canai doh dan terap menggunakan acuan yang disukai.
  6. Bakar suhu 150 selama 15-20 minit bergantung kepada oven.
  7. Untuk bahan C, satukan kesemua bahan dan biarkan sehingga pekat.
  8. Apabila kuih sudah siap dibakar, paipkan bahan C ke atas kuih. Tabur kan dengan kelapa kering. Bakar lagi 5 minit menggunakan suhu yang sama.
  9. Kuih raya tart ondeh-ondeh sedia dihidang.

Nak cantik, sihat dan aktif semasa hamil? Jom ke D'Aura - Pakar Ibu dan Anak.